TOP-BANNER2

 

SEJARAH MUAFAKAT

 

Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia atau nama ringkasnya MUAFAKAT peringkat pusat telah ditubuhkan pada 17 Mei 1999. MUAFAKAT merupakan satu badan yang mempunyai objektif berikut:

  • Menyediakan sesuatu kegiatan forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar – pelajar di Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA.
  • Membantu dan menambah usaha Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA bagi memenuhi kehendak – kehendak dan keperluan – keperluan pelajar dalam kegiatan – kegiatan mereka
  • Membolehkan ibubapa, guru – guru dan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA bertukar – tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan pada amnya.
  • Memberi peluang kepada ibubapa, guru – guru dan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara membaiki taraf pendidikan pelajar – pelajar MRSM/Kolej MARA
  • Mengukuhkan pemuafakatan ibu bapa, guru – guru dan bekas pelajar di peringkat kebangsaan serta untuk meningkatkan kerjasama dengan pihak MARA
  • Melaksanakan aktiviti ekonomi bagi membolehkan ibubapa, guru – guru dan bekas pelajar mewujudkan dana dan menyalurkannya bagi membantu membiayai projek-projek pendidikan MARA

Keahlian badan ini terbuka kepada setiap ibubapa, ibubapa bekas pelajar MRSM, Kolej MARA, guru dan bekas guru MRSM/Kolej MARA, bekas pelajar MRSM/Kolej MARA dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang lain. Mesyuarat Agung Tahunan Badan adalah merupakan badan tertinggi yang akan menentukan hala tunjuk dan wawasan Badan. Mesyuarat Agung luar biasa bagi badan ini boleh diadakan atas salah satu atau kesemua sebab berikut:

Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Pusat :

 

Atas permintaan dengan bertulis oleh lebih daripada 1/2 daripada jumlah cawangan – cawangan yang sah dengan menerangkan tujuan – tujuan dan sebab – sebab yang sama bagi mengadakannya.


JAWATANKUASA PUSAT

  • Seorang Ex-Officio( Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA terkini)
  • Seorang President – terdiri daripada bukan guru
  • Seorang Setiausaha Agung
  • Seorang Penolong Setiausaha Agung
  • Bendahari Agung
  • Sepuluh Ahli Jawatankuasa Biasa yang dipilih daripada Cawangan yang berlainan

Semua wang yang diterima oleh badan akan dimasukkan ke dalam akaun badan di Bank dimana tahun kewangan Badan ini bermula daripada 1 Januari setiap tahun. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan hendaklah diadakan pada atau sebelum 31 Mei setiap tahun. Ahli – ahli Jawatankuasa Cawangan MRSM Beseri terdiri daripada :

  • Seorang Ex-Officio
  • Seorang President – terdiri daripada bukan guru
  • Seorang Setiausaha Agung
  • Seorang Penolong Setiausaha Agung
  • Bendahari Agung
  • Sepuluh Ahli Jawatankuasa Biasa yang dipilih daripada Cawangan yang berlainan